14 Mac 2020 - 19:46
Menteri Pengangkutan Indonesia Dijangkiti COVID-19

Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi dimasukkan ke hospital di sini, selepas dijangkiti COVID-19, kata pegawai kanan kerajaan pada sidang media, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi dimasukkan ke hospital di sini, selepas dijangkiti COVID-19, kata pegawai kanan kerajaan pada sidang media, hari ini.

“Keluarga Sumadi sudah memberikan kelulusan bagi pengumuman itu selepas menteri terbabit muncul sebagai barisan hadapan dan penting yang dijangkiti COVID-19,” kata Setiausaha Pentadbiran di Pejabat Presiden, Pratikno.

Keadaan menteri terbabit yang menghadiri mesyuarat Kabinet Rabu lalu, bertambah baik, kata Timbalan Ketua Hospital Gatot Seobroto, Albertus Budi Sulistya. - REUTERS